Friday 8 March 2013

burung

frames

burung punai emas

Rupa

Burung Punai Emas merupakan burung merpati yang besar dan berat, dengan panjangnya 40 sentimeter. Sebahagian besar burung ini berwarna hijau metalik, dengan bulu sua leher berwarna hijau dan tembaga. Kepala, leher atasan, dan dada, serta bulu pelepah terbangnya berwarna kelabu tua. Ekornya amat pendek dan berwarna putih tulen. Adanya sebiji bongol hitam pada pangkal paruhnya, dan kaki-kakinya yang kuat berwarna merah tua.
Burung betina, termasuk bongol paruh, dan bulu suanya, adalah lebih kecil berbanding dengan burung jantan. Bahagian bawah 

Tabiat

Burung Punai Emas berkelana dalam kawanan dari pulau ke pulau, termasuk tapak-tapak yang dihuni manusia, untuk mencari makanannya yang terdiri daripada bijibuah, dan sesetengah invertebrat. Ia tertarik kepada kawasan-kawasan yang mempunyaibijian. Biasanya, burung ini tidur di pulau-pulau kecil luar pesisir yang tidak mempunyai pemangsa dan menghabiskan waktu siang di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih banyak makanan.
Penerbangannya cepat, dengan pukulan kepak yang tetap serta sentakan sekali-sekala yang merupakan ciri burung merpati pada umumnya. Bagaimanapun secara aneh, kawanan burung ini cenderung terbang dalam barisan-barisan serta juga dalam barisan tunggal, dan bukannya dalam kawanan tak teratur yang ditonjolkan oleh kebanyakan burung merpati yang lain. Ekornya yang putih kelihatan bertindak sebagai "lampu belakang" ketika menyeberangi air pada waktu subuh atausenja. Burung punai ini bukannya burung spesies yang amat bising, dan bunyinya koo-koo-koo.
Burung Punai Emas bersarang di hutan tebal, dan membina sarang ranting di atas pokok. Ia mengeluarkan sebiji telur pada setiap kali. Telurnya berbentuk bujur dan berwarna putih dengan warna biru sedikit. betina juga berwarna lebih perang. Ekor burung yang

Sistematik

Selepas membandingkan sitokrom b mitokondria dan jujukan-jujukan rRNA 12S (Shapiro et al. 2002), Burung Punai Emas telah dicadangkan sebagai saudara terdekat yang masih hidup kepada burung-burung Dodo dan Rodrigues Solitaire. Bagaimanapun, perhatikanlah bahawa ini tidak membayangkan sebarang hubungan rapat yang sebenar, tetapi hanya bermaksud bahawa semua spesies hidup yang lain adalah lebih jauh hubungannya. Selain itu, filogeni teragak yang disimpulkan daripada datanya adalah tidak betul; filogeni molekul burung-burung merpati Indo-Australia menghasilkan keputusan-keputusan yang terlalu berbeza, bergantung kepada jujukan gen yang dianalisis (umpamanya, berbanding dengan Johnson & Clayton 2000).
Berdasarkan tulang-tulang subfosil yang ditemui di New Caledonia dan Tonga, satu spesies pupus, Caloenas canacorum (bahasa Inggeris: Greater Maned Pigeon), telah diperihalkan. Burung ini adalah burung besar, dengan saiznya sesuku lebih besar daripada Burung Punai Emas. Memandangkan bahawa ia pasti merupakan sumber makanan yang baik, burung ini amat mungkin diburu sehingga kepupusan oleh peneroka-peneroka awal di pulau-pulau kediaman burung tersebut.
Burung Merpati Liverpool, lagi satu spesies pupus dari kawasan Pasifik yang tidak dapat ditentukan, juga tergolong dalam genus Caloenas, tetapi ini hanya merupakan suatu kemungkinan yang paling kurang tak sesuai; keafinan-keafinannya yang benar masih tidak dapat ditentukan. dewasa berwarna hitam.
testing for do the blog